Pemasaran Paris 2024 Paralympic Games

Logo

Logo Paris 2024 telah diumumkan pada 21 Oktober 2019 di Grand Rex, panggung wayang yang terbesar di Eropah.[28][29] Buat kali yang pertama, logo yang sama digunakan untuk Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik, hal ini melambangkan kedua-dua temasya sukan ini adalah satu projek yang sama dan mempunyai cita-cita yang sama.[30] Perkataan "Paralympic Games" juga tidak wujud di bawah logo Paris 2024, dan digantikan dengan logo Paralimpik yang terletak di bawah logo tersebut.[31][32]

Logo tersebut berbentuk bulatan, seperti sebuah pingat emas, dan ilustrasi rambut serta bibir yang berwarna emas dalam logo tersebut menampilkan raut wajah Marianne, personifikasi kebangsaan Perancis. Api Olimpik dan Paralimpik juga boleh dinampak di ruang negatif rambut Marianne. Marianne turut merupakan ikon kebebasan semasa zaman Revolusi Perancis 1789 dan kini sudah menjadi simbol Perancis yang biasa didapati di mana-mana sahaja di seluruh negara tersebut.[33]

Penekanan kepada wajah manusia juga menyampaikan mesej bahawa "manusia" merupakan fokus utama edisi Sukan Olimpik dan Paralimpik ini.[28] Logo ini direka bentuk oleh syarikat Royalties Eco-Branding.[34]

Logo ini telah dikritik oleh orang ramai kerana reka bentuknya serupa dengan logo aplikasi memikat isteri atau salon rambut,[35][36] ada netizen pula mengibaratkannya dengan meme Karen yang merebak di media sosial atau gaya rambut seseorang selebriti.[37] Walaupun demikian, sebuah kajian mengatakan bahawa sebanyak 83% penduduk Paris yang menggemari reka bentuk logo ini.[38]

Tipografi dan warna

Tipografi Paris 2024 juga mendapat inspirasi daripada gaya fon Art Deco dan ketebalannya boleh diubah suai mengikut keperluan. Reka bentuknya juga bersifat mesra alam kerana aksara-aksaranya disusun secara rapat untuk menjimat kertas dan dakwat.[39] Selain itu, fail fon tersebut juga lebih menjimatkan penggunaan tenaga elektrik walaupun mempunyai pelbagai variasi.[39]

Dari segi penggunaan warna pula, warna hitam telah digunakan sebagai warna utama dan warna latar belakang dalam media digital untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, manakala warna putih dijadikan sebagai warna dominan dalam media cetak untuk menjimatkan penggunaan dakwat.[40]

  • Warna utama:             
  • Warna sekunder: